Wednesday, 19 February 2014

M A A F

Assalamualaikum.

Maaf saya mencelah.. Saya cuma nak cerita pasal diri saya sahaja.. Maaf atas kekurangan saya, saya hanya manusia yang sama seperti anda. Tapi saya cuba untuk membuatkan yang terbaik untuk anda.

Maaf kalau sudah saya tak post yang baru kerana saya sibuk dengan sekolah.. Saya sekolah Tahfiz, sebab itulah saya tak selalu menghadap laptop.. Jarang-Jarang.. Dan saya tumpukan pelajaran daripada Blog.

Saya masih muda, kecil, comel-comel lagi.. Hehehe.. Saya hanya berumur 14 Tahun. Dan saya harus lebih untuk belajar.. Minta maaf sekali lagi kerana sudah lama saya tak post dan yang ini pun bukan pasal cerita.. Tapi tentang "MAAF".

-----------------------------------------------------

Terimakasih kepada anda semua kerana melihat dan membaca saya punya post. Kalau kekurangan itu datang daripada diri saya dan yang  baik itu datang daripada Allah S.W.T


Sunday, 18 August 2013

Adab Di Atas Pentas

Assalamualaikum W.B.T

Ok selalu kita biasa memulakan cerita kita dengan memberi ucapan "Bismillahirahmanirahim atau Assalamualaikum W.B.T".

Ada yang tidak memberikan ucapan langsung, saya pun taktahu kerana ape dia tidak memulakan dengan Bismillahirahmanirahim ataupun Assalamualaikum W.B.T. - Kalau kita memulakan dengan ucapan tersebut, InsyaAllah kita tidak akan merasa gementar apabila ingin memulakan cerita kita.

Kalau untuk orang yang bukan Islam. Boleh jugak mulakan dengan " Hello Goodmorning." atau "Hello GoodAfternoon." ataupun "Hello GoodEvening". Ok itu juga adab sebab kalau kita mulakan terus CONFIRM orang rase pelik sebab takde ape2 ucapan pun dia nak bagi dekat penonton tu. Lagi satu mesti korang merasa pelikkan sebab kenape saya tidak letak "Hello GoodNight" sebab itu untuk orang yang nak tidur je. Kalau korang tak caye CUBALAH.

Ok sampai situ je saya boleh cakap sebab dah takde ape2 saya nak tulis, InsyaAllah lain kali saya akan cuba sebaik-baik mungkin untuk menolong korang semua. Semoga dapat menolong korang semua. Bye Assalamualaikum :)

Wednesday, 29 August 2012

Nada Suara

Assalamualaikum,
 Saya akan mengajar anda bagaimana ingin menjaga nada suara semasa bercerita.

1.Skrip anda mesti ada nada yang menaik dan menurun..Apabila anda tidak menaik dan menurun atau orang cakap "STANDARD".

2.Kalau anda anda standard sahaja itu akan tidak menambah atau menolak markah anda sebaiknya lakukanlah nada suara anda sama juga macam nyanyi ia menaik dan menurunkan suara.

3.Kalau nak jaga nada anda berlatih dahulu di rumah kerana kalau tidak berlatih boleh ke nak naik pentas dan nak bercerita mesti gementar dan orang dengar pun macam biasa je..

Sekian,

Monday, 27 August 2012

Story Telling

Crocodile And Monkey

Once upon a time, a clever monkey lived in a tree that bore juicy, red rose apples. He was very happy.

One fine day, a crocodile swam up to that tree and told the monkey that he had travelled a long distance and was in search of food as he was very hungry. The kind monkey offered him a few rose apples. The crocodile enjoyed them very much and asked the monkey whether he could come again for some more fruit. The generous monkey happily agreed.

The crocodile returned the next day. And the next. And the next one after that. Soon the two became very good friends. They discussed their lives, their friends and family, like all friends do. The crocodile told the monkey that he had a wife and that they lived on the other side of the river. So the kind monkey offered him some extra rose apples to take home to his wife. The crocodile's wife loved the rose apples and made her husband promise to get her some every day.

Meanwhile, the friendship between the monkey and the crocodile deepened as they spent more and more time together. The crocodile's wife started getting jealous. She wanted to put an end to this friendship. So she pretended that she could not believe that her husband could be friends with a monkey. Her husband tried to convince her that he and the monkey shared a true friendship. The crocodile's wife thought to herself that if the monkey lived on a diet of rose monkeys, his flesh would be very sweet. So she asked the crocodile to invite the monkey to their house.

The crocodile was not happy about this. He tried to make the excuse that it would be difficult to get the monkey across the river. But his wife was determined to eat the monkey's flesh. So she thought of a plan.

One day, she pretended to be very ill and told the crocodile that the doctor said that she would only recover if she ate a monkey's heart. If her husband wanted to save her life, he must bring her his friend's heart.

The crocodile was aghast. He was in a dilemma. On the one hand, he loved his friend. On the other, he could not possibly let his wife die. The crocodile's wife threatened him saying that if he did not get her the monkey's heart, she would surely die.

So the crocodile went to the rose apple tree and invited the monkey to come home to meet his wife. He told the monkey that he could ride across the river on the crocodile's back. The monkey happily agreed. As they reached the middle of the river, the crocodile began to sink. The frightened monkey asked him why he was doing that. The crocodile explained that he would have to kill the monkey to save his wife's life. The clever monkey told him that he would gladly give up his heart to save the life of the crocodile's wife, but he had left his heart behind in the rose apple tree. He asked the crocodile to make haste and turn back so that the monkey could go get his heart from the apple tree.

The silly crocodile quickly swam back to the rose apple tree. The monkey scampered up the tree to safety. He told the crocodile to tell his wicked wife that she had married the biggest fool in the world.

Skrip Kisah Nabi Yusuf

Kisah Nabi Yusuf A.S

Nabi Yusuf adalah putera ke tujuh daripada dua belas putera-puteri Nabi Ya'qub. Ia dengan adiknya yang bernama Benyamin adalah beribukan Rahil, saudara sepupu Nabi Ya'qub. Ia dikurniakan Allah rupa yang bagus, paras tampan dan tubuh yang tegap yang menjadikan idaman setiap wanita dan kenangan gadis-gadis remaja. Ia adalah anak yang dimanjakan oleh ayahnya, lebih disayang dan dicintai dibandingkan dengan saudara- saudaranya yang lain, terutamanya setelah ditinggalkan iaitu wafatnya ibu kandungnya Rahil semasa ia masih berusia dua belas tahun.

Perlakuan yang diskriminatif dari Nabi Ya'qub terhadap anak-anaknya telah menimbulkan rasa iri-hati dan dengki di antara saudara-saudara Yusuf yang lain, yang merasakan bahawa mereka dianak-tirikan oleh ayahnya yang tidak adil sesama anak, memanjakan Yusuf lebih daripada yang lain.

Rasa jengkel mereka terhadap kepada ayahnya dan iri-hati terhadap Yusuf membangkitkan rasa setia kawan antara saudara-saudara Yusuf, persatuan dan rasa persaudaraan yang akrab di antara mereka. Kisah Nabi Yusuf terdapat dalam satu surah penuh yang juga bernama surah Yusuf. Disebutkan bahawa sebab turunnya surah Yusuf adalah kerana orang-orang Yahudi meminta kepada Rasulullah saw untuk menceritakan kepada mereka kisah Nabi Yusuf. Kisah Nabi Yusuf telah mengalami perubahan pada sebahagiannya dan terdapat penambahan pada sebahagiannya. Lalu Allah s.w.t menurunkan satu surah penuh yang secara terperinci menceritakan kisah Nabi Yusuf.

Allah s.w.t berfirman:

"Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al-Qur'an ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum (kami mewahyukan)nya adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahuinya. " (QS. Yusuf: 3)

Para ulama berbeza pendapat dalam hal mengapa kisah ini disebut dengan kisah yang terbaik? Ada yang mengatakan bahawa kisah ini memiliki keistimewaan dibandingkan dengan kisah-kisah Al-Qur'an yang lain dilihat dari sisi kandungannya yang memuat berbagai ungkapan dan hikmah. Ada yang mengatakan kerana Nabi Yusuf mengampuni saudara- saudaranya dan bersikap sabar atas tindakan mereka. Ada yang mengatakan lagi bahawa kerana di dalamnya terdapat kisah para nabi dan orang-orang soleh, terdapat juga pelajaran tentang kehormatan diri dan adanya godaan, kehidupan para raja, lelaki dan wanita, tipu daya kaum wanita, di dalamnya juga disebut tentang aspek tauhid dan fiqih, pengungkapan mimpi dan penakwilannya. Di samping itu, ia adalah surah yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dan petualangan emosi (perasaan atau cinta). Ada yang mengatakan bahawa ia disebut sebagai kisah yang terbaik kerana semua orang-orang yang disebut di dalamnya pada akhirnya mendapatkan kebahagiaan. Alhasil, kita percaya bahawa terdapat sebab penting di balik keistimewaan kisah ini. Kisah dalam surah tersebut bermuara dari awal sampai akhir pada satu bentuk di mana Anda akan merasakan adanya kekuasaan Allah s.w.t dan terlaksananya perintah-Nya meskipun banyak manusia berusaha menentangnya:

"Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya. " (QS. Yusuf: 21)

Nabi Yusuf mendapatkan berbagai ujian dalam hidupnya. Beliau menghadapi persekongkolan jahat yang justru datang dari orang-orang yang dekat dengannya, yaitu saudara-saudaranya. Mereka merencanakan untuk membunuhnya. Rencana itu mereka buat saat Yusuf masih kecil. Kemudian Yusuf dijual di pasar budak di Mesir lalu ia dibeli dengan harga yang sangat murah. Kemudian beliau menghadapi rayuan dari isteri seorang lelaki yang memiliki jabatan penting. Ketika ia menolak rayuannya, ia pun dimasukan ke dalam penjara. Dalam beberapa waktu, beliau menjadi tahanan di penjara. Meskipun mendapatkan berbagai kehinaan ini, pada akhirnya beliau mampu menduduki tampuk kepemimpinan di Mesir. Beliau menjadi menteri dari raja yang pertama. Ia memulai dakwahnya di jalan Allah s.w.t dari atas panggung kekuasaan. Ia melaksanakan rencana Allah s.w.t dan menunaikan perintah-Nya. Demikianlah kandungan dari kisahnya.

Kisah tersebut seolah-olah menggambarkan suatu adegan filem yang sangat mengagumkan, episod demi episod. Di samping itu, Anda akan dihadapkan pada satu bahagian dari bahagian-bahagian peristiwa yang membuat Anda tercengang dan cukup mengganggu daya imaginasi Anda. Itu adalah kisah seni yang sangat mengesankan yang tidak mampu diungkapkan oleh seniman mana pun dari kalangan manusia. Pada mulanya kisah itu mengungkap mimpi dan pada akhirnya menakwilkan mimpi ini. Mimpi para nabi pasti selalu berisi kebenaran, di mana Allah s.w.t menyingkapkan di dalamnya berbagai peristiwa yang belum pernah terjadi sebelumnya. Pada awal kisah, kita tidak mengetahui bahawa Yusuf adalah seorang Nabi. Begitu juga konteks Al-Qur'an terkesan menyembunyikan nama ayahnya, yaitu Nabi Yakub sebagaimana disampaikan oleh Nabi saw. Jadi, kita berhak untuk merenungkan mimpi tersebut dengan penuh kehairanan. Layar akal pertama-tama menampilkan pemandangan mimpi. Perhatikanlah filem yang dimulai dengan mimpi. Mimpi identik dengan tidur, dan permulaan kisah apa pun yang dimulai dengan tidur tidak terlepas dari rasa ngantuk. Tetapi yang perlu diperhatikan adalah faktor-faktor daya tarik cerita itu sendiri. Al- Qur'an menceritakan bagaimana Nabi Yusuf menyampaikan mimpinya kepada ayahnya:

"(Ingatlah), Ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: 'Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku."' (QS. Yusuf: 4)

Amatilah bentuk tentangan yang diwujudkan oleh adanya mimpi yang membangkitkan daya khayal. Perhatikanlah potensi imaginasi bagaimana ia menjalankan aktivitinya. Sesungguhnya otak manusia merupakan sumber masalah di mana ia menciptakan di dalamnya suatu gambar dari sujudnya matahari, bulan dan bintang. Dengan gambaran mukjizat ini yang menentang imaginasi para ahli seni dan filem, kisah Nabi Yusuf dimulai. Atau, dimulailah video visual dari kisah Nabi Yusuf sebagaimana yang diceritakan oleh Allah s.w.t dalam kitab-Nya. Nabi Yusuf melihat mimpi dan ia sekarang membeberkannya kepada ayahnya:

"Ayahnya berkata: 'Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka membuat makar (untuk membinasakan)mu. Sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.'" (QS. Yusuf: 5)

Sekian,Terima Kasih

Menjaga Kesihatan Untuk Bercerita

Assalamualaikum,
 Cara-cara untuk menjaga kesihatan ialah

1.Pastikan kita tidak boleh makan berlebihan jika kita makan berlebihan perut kita akan berasa sakit!

2.Kita perlu banyak makan makanan yang mengandungi zat-zat yang tinggi dengan Vitamin C dan Vitamin D.

3.Kita juga perlu memperbanyakan melakukan senamrobik..Kalau rajin laa tapi sebenarnya perlulaa juga membuat senamrobik kerana ia boleh mengeluarkan peluh dari badan kita dan juga membakar lemak.

InsyaAllah,

Sunday, 26 August 2012

Skrip Kisah Nabi Nuh

Kisah Nabi Nuh A.S
 Menurut beberapa riwayat, Allah mengutus Nabi Nuh a.s sepuluh abad setelah Nabi Adam a.s. Beliau juga merupakan manusia pertama di muka bumi yang membuat kapal untuk berlayar, dengan petunjuk dari Allah. Banyak ayat-ayat dalam Al-Qur’an yang mengisahkan tentang Nabi Nuh a.s.

Nabi Nuh a.s diutus Allah Ta’ala ketika manusia menyembah berhala dan tenggelam dalam kesesatan dan kekafiran. Kemudian Allah mengutusnya sebagai rahmat bagi umat manusia.

Di dalam Al-Qur’an, Allah telah menceritakan kisah Nabi Nuh dan kaumnya serta azab berupa taufan yang membawa banjir yang besar, yang diturunkan-Nya kepada mereka yang kafir, dan juga kisah penyelamatan yang Dia lakukan kepada orang-orang yang berada di dalam perahu.

Allah mengisahkan ketika Nabi Nuh menyeru kepada kaumnya dan berkata:

“Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagi kamu agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab (pada) hari yang sangat menyedihkan". (QS Hud [11] 25-26)


Maka para pemimpin yang kafir dari kaumnya berkata:

“Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami, dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikuti kamu, melainkan orang-orang yang hina dina di antara kami yang lekas percaya saja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apapun atas kami, bahkan kami yakin bahwa kamu adalah orang-orang yang dusta". (QS Hud [11] : 27)


Demikianlah, orang-orang kafir mendustakan Nabi Nuh. Dan kaumnya itu juga berkata:

"Sesungguhnya kami memandang kamu berada dalam kesesatan yang nyata". (QS Al-A’far [7] : 60)

Dan Nabi Nuh pun menjawab:

“Hai kaumku, tak ada padaku kesesatan sedikit pun tetapi aku adalah utusan dari Tuhan semesta alam. Aku sampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku memberi nasihat kepadamu, dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui". (QS Al-A’raf [7] : 61)

Nabi Nuh dengan sabar berdakwah kepada kaumnya, selama 950 tahun mengajak mereka untuk beribadah hanya kepada Allah saja, dan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun. Beliau juga mengingatkan kaumnya akan nikmat-nikmat Allah yang telah Dia anugerahkan kepada mereka. Namun tidak ada orang yang beriman kepadanya kecuali hanya sedikit saja.

Kaumnya bahkan selalu menentangnya dan berkata:

"Hai Nuh, sesungguhnya kamu telah berbantah dengan kami, dan kamu telah memperpanjang bantahanmu terhadap kami, maka datangkanlah kepada kami azab yang kamu ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk orang-orang yang benar". (QS Hud [11] : 32)

Karena sikap kaumnya yang selalu menentang, Nabi Nuh kemudian mengadukan mereka kepada Allah.

Nabi Nuh berkata:

"Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka
tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat.” (QS Nuh [71] : 6-7)

Begitulah kaum Nabi Nuh. Tidak sedikit pun mereka mahu memindahkan nasihat dan ajakan beliau. Bahkan mereka saling memperingatkan sesama kaumnya:

“Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwwa', yaghuts, ya'uq dan nasr ". (QS Nuh [71] : 23)

Suwwa’, Yaghuts, Ya’uq dan Nasr dulunya adalah orang-orang yang soleh diantara mereka. Setelah mereka semua meninggal, kaumnya sangat bersedih kerana kehilangan orang-orang
yang alim diantara mereka.

Lalu syaitan pun membisikkan kepada kaum orang-orang saleh tersebut untuk membuatkan patung dan diberi nama dengan nama-nama mereka, dan disimpan di majlis-majlis mereka. Hingga kemudian, setelah orang-orang yang berilmu diantara mereka mati, mereka mulai menjadikan patung-patung itu sebagai berhala yang disembah selain Allah.

Lalu Allah memerintahkan Nabi Nuh untuk membuat bahtera. Allah berfirman:

“Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami, dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang zalim itu; sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan.” (QS Hud [11] : 37)

Lalu mulailah Nabi Nuh membuat bahtera itu. Dan setiap kali pemimpin kaumnya melewati Nabi Nuh, mereka mengejeknya.

Nabi Nuh pun berkata kepada mereka:

"Jika kamu mengejek kami, maka sesungguhnya kami (pun) mengejekmu sebagaimana kamu sekalian mengejek (kami). Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa oleh azab yang menghinakannya dan yang akan ditimpa azab yang kekal." (QS Hud [11] : 38-39)

Demikianlah, Nabi Nuh dengan sabar membangun kapal tanpa memperdulikan ejekan kaumnya. Maka setelah tiba waktunya, dan kapal yang dibangun oleh Nabi Nuh selesai, Allah pun berfirman kepadanya:

"Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing-masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu kecuali orang yang telah terdahulu ketetapan terhadapnya dan (muatkan pula) orang-orang yang beriman.” (QS Hud [11] : 40)

Maka Nabi Nuh berseru kepada para pengikutnya:

“Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Di dalam ayat yang lain Allah mengisahkan kejadian itu:

“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang tercurah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air, maka bertemulah air-air itu untuk suatu urusan yang sungguh telah ditetapkan. Dan Kami angkut Nuh ke atas (bahtera) yang terbuat dari papan dan paku, yang berlayar dengan pemeliharaan Kami sebagai balasan bagi orang-orang yang diingkari (Nuh).” (QS Al-Qamar [54] : 11-12)

Allah menurunkan hujan yang tiada henti-hentinya dan semua mata air di bumi memancarkan air, dan keduanya bertemu menimbulkan air bah yang sangat besar, banjir yang sangat tinggi dengan gelombang seolah mencapai puncak gunung, banjir yang paling besar dalam sejarah manusia. Pada saat itu Nabi Nuh memanggil anaknya yang berada di tempat jauh dan terpencil dan tidak ikut naik ke kapal.

“Hai anakku, naiklah kapal bersama kami, dan janganlah kamu bersama orang-orang yang kafir.”

Anaknya menjawab:

“Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!" Nuh berkata: "Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja) Yang Maha Penyayang". Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.” (QS Hud [11] : 42-43)

Anak Nabi Nuh tidak mahu mengikuti seruan ayahnya, ia lebih memilih untuk bersama orang-orang kafir hingga akhirnya ia binasa dan tenggelam bersama mereka.

Demikin pula isteri Nabi Nuh, ikut tenggelam bersama orang-orang kafir kerana menolak ajakan suaminya untuk beribadah hanya kepada Allah saja. Allah menjadikannya sebagai contoh untuk diambil pelajaran di dalam Al-Qur’an:

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)". (QS At-Tahrim [66] : 10)

Setelah semua penduduk bumi telah binasa dan tidak tersisa kecuali orang-orang yang beriman kepada Allah, maka Dia pun berfirman:

"Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit (hujan) berhentilah," dan airpun disurutkan, perintah pun diselesaikan dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi , dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim." (QS Hud [11] : 44)

Akhirnya Nabi Nuh bersama orang-orang yang beriman yang berada di atas bahtera diselamatkan Allah dari azab yang diperuntukkan bagi orang-orang kafir.

Allah mengisahkannya di banyak tempat dalam Al-Qur’an, agar kita boleh menjadikannya sebagai pelajaran.

Allah berfirman:

“Dan sesungguhnya telah Kami jadikan kapal itu sebagai pelajaran, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran? Maka alangkah dahsyatnya azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku. Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?” (QS Al-Qamar [54] : 15-17)